KURSUS PBS BAHASA MELAYU TINGKATAN 2 TAHUN
2013
Pada 31 Disember 2012, Panitia Bahasa Melayu SMK Tun
Mutahir telah mengadakan satu kursus PBS Bahasa Melayu bagi Tingkatan 2 sesi
2013. Kursus yang dikendalikan oleh Pn. Zaida Bt. Mat Yasin selaku Jurulatih
Utama (JU) PBS Bahasa Melayu Tingkatan 2 bertempat di perpustakaan SMK Tun Mutahir. Kursus yang
bermula pada jam 8.30 pagi dihadiri oleh guru-guru Bahasa Melayu SMK Tun
Mutahir. Turut hadir dalam kursus ini ialah GKMP Bahasa iaitu
Pn. Zawiyah Bt. Mohd dan Pn. Hjh. Kamariah Bt. Othman (GPK
1).
Antara maklumat yang disampaikan
adalah dari segi pengurusan fail PBS yang lengkap serta cara pelaksanaan PBS
Tingkatan 2. Pn. Zaida Bt. Mat Yasin juga menerangkan penggunaan Dokumen
Standard Prestasi (DSP) PBS Tingkatan 2 kepada guru-guru Bahasa Melayu terutama
yang mengajar Tingkatan 2. Selain itu, Pn. Zaida Bt. Mat Yasin juga menunjukkan
contoh istrumen atau eviden PBS tersebut yang dibuat mengikut standard pelajar
yang diuji.
Pn. Norhayati Bt. Amadaldin juga
menyumbangkan idea iaitu setiap PBS yang dijalankan perlu dituliskan lokasi
untuk rujukan guru.Kursus ini berakhir kira-kira jam 10 pagi.
Gambar : Kursus PBS Bahasa Melayu Tingkatan 2
Pn. Zaida Bt. Mat Yasin selaku Jurulatih Utama (JU)
Kursus PBS Bahasa Melayu Tingaktan 2
Guru-guru mendengar maklumat yang disampaikan oleh JU.
GPK 1 dan GKMP Bahasa hadir pada hari kursus dijalankan.